jump to navigation

MEMORANDUM BANTAHAN ARTIS MAS IDAYU DAN ELLA SEMPENA KONSERT BOLA SEPAK PIALA SULTAN SELANGOR June 23, 2008

Posted by dppns in Uncategorized.
add a comment

 

 

 

 

 

 

 

16 Jun 2008 / 12 Jamadil akhir 1429

 Kepada;

 Y.A.B. Dato’ Seri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Dato’ Menteri Besar Selangor

Pejabat Menteri Besar Selangor,

Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40000 Shah Alam, Selangor.

 

Y.A.B. Tan Sri,

 

MEMORANDUM BANTAHAN KONSERT MAS IDAYU DAN ELLA SEMPENA PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SULTAN SELANGOR 6 JULAI 2008

 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah sekeras-kerasnya acara konsert yang membariskan penyanyi dan artis Ella dan Mas Idayu sebelum kejohanan tersebut yang kami lihat sebagai suatu acara maksiat dan tidak bersesuaian dengan kejohanan tersebut. Kami percaya banyak lagi acara lain yang lebih bermanfaat boleh dianjurkan, agar akhlak dan nilai moral rakyat Selangor yang selama ini diabaikan oleh kerajaan BN akan dapat dipelihara.

 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

 

 Pihak kami juga yakin masih banyak alternatif hiburan halal yang dapat disajikan kepada rakyat, selain konsert hiburan para artis yang merosakkan, yang tidak punya nilai dan visi di dalam mendidik masyarakat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) berharap agar kerajaan pimpinan YAB Tan Sri dapat menilai semula keperluan acara konsert tersebut kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar kepada rakyat.

 

 Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yakin YAB Tan Sri dapat memperbetulkan perkara ini demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bumi Allah ini. Akhirnya kami mendoakan semoga kerajaan ini terus menerus menerima barakah dari Allah swt di bawah kepimpinan YAB Tan Sri.

 

Sekian, terima kasih.

 ’Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan’

 

Yang menjalankan amanah,

 Ustaz Sallehin Mukhyi

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

 

 

 

Pemuda PAS tawar bantuan guaman kepada Raimah Bibi Noordin May 18, 2007

Posted by dppns in Uncategorized.
add a comment

100_1938.jpg
Kelihatan peguam-peguam Pemuda PAS sedang meneliti dokumen-dokumen berkaitan anak-anak puan Raimah Bibi Noordin semasa beliau berada di Pejabat Pemuda PAS untuk menjelaskan kisahnya di sini (17 Mei). Hadir sama adalah YB. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS.

YB Salahuddin Ayub menziarahi Pn Raimah Bibi May 18, 2007

Posted by dppns in Uncategorized.
add a comment

100_1927.jpg

Ulu Yam, 16/5/2007 – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub telah meluangkan masanya untuk menziarahi Pn Raimah Bibi yang terpaksa berpisah dengan suaminya kerana berlainan agama.

Pelbagai perkara telah dibangkitkan sepanjang pertemuan tersebut. Antara lain Raimah Bibi turut menyebut bahawa dia memang seorang Islam semenjak dilahirkan. Permasalahan yang dihadapi oleh Pn Raimah akan disalurkan terus ke peguam PAS. Demikian dinatakan oleh YB Salahuddin Ayub.

Turut mengiringi pada pertemuan itu adalah Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan.

Skuad Berani Mati DPPNS Diwujudkan May 15, 2007

Posted by dppns in Uncategorized.
add a comment

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersedia menubuhkan skuad berani mati atau lebih dikenali sebagai pemuda Kahfi. Ini berikutan insiden yang melibatkan 6 orang pemuda pas yang bertugas di Ijok telah diserang oleh gerak gempur UMNO/BN. Kewajaran penubuhan skuad ini adalah bagi mengingatkan pemuda UMNO/BN bahawa petugas-petugas pemuda PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk berdepan dengan mereka sekalipun nyawa terpaksa dikorbankan. Ketua Penerangan DPPNS, Mohd Sany Hamzan menyatakan demikian pada ucapannya sempena Ijtima’ PAS Negeri Selangor 2007 yang berlangsung di KOMPAS, Tg Karang pada 12 Mei 2007 baru-baru ini.